Assalamualaikum semua!! Saya mendoakan agar anda yang membaca blog kami diredhai & dirahmati ALLAH SWT, Amin
Hari ini saya nak berkongsi tentang pentingnya kita berfikiran positif. Ilmu ni saya berlajar semasa saya mengikuti seminar Azizan Osman selama 4 hari di program IMKK. Tau tak otak kita ni diciptakan oleh Allah sangat unik!!.Otak kita akan fokus kepada apa yang telah kita setkan dan ianya akan terus menjadi tindakan. Kalau kita fokus kepada perkara positif, tindakan kita akan positif dan seterusnya kesan kita akan positif. Begitu sebaliknya, kalau kita fokus negatif, seluruh hidup kita akan negatif.
Pernah perasan tak masa kes pesawat MH370 & MH17. Selepas kejadian tu banyak kita dengar pasal pesawat yang berlaku banyak masalah. Ada yg hampir terhempas, ada yang ada masalah semasa nak mendarat dan lain-lain lagi. Macam tu juga dengan kes buang bayi. Masa tu banyak kita dengar kes buang bayi. Boleh cakap tiap-tiap minggu mesti ada kes. Sekarang macam kurang kita dengar kan. SEBAB APA???? SEBAB OTAK KITA DAH FOKUS KEPADA MASALAH TU DAN MASYARAT TERLALU FOKUS KEPADA MASALAH TU.INGAT APA YANG KITA FIKIR , APA YANG KITA CAKAP, APA YANG KITA RASA AKAN MENJADI DOA. ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA!!
So pengajarannya untuk kita terus berjaya, kita kena fokus untuk berjaya. Kita kena fokus pada yang POSITIF!! Baca benda yang bermotivasi, bergaul dengan orang yang positif, berfikir secara positif, selalu bersangka baik dan lain2 lagi yang positif. Barulah Allah akan bagi kita benda yang POSITIF.
Ingat!! APA YANG KITA FIKIR, APA YANG KITA CAKAP & APA YANG KITA RASA AKAN JADI DOA.
Comments
Post a Comment